hai semua.. hari ni Sue tak berapa baik.. mood Sue pun tak berapa ok.. Sue rasa sedih, nak marah, bengang, nak nangis dan semualah yang Sue rasa.. bila rasa macam ni mulalah Sue akan teringat arwah abah.. bila cerita pasal arwah abah, mula Sue rasa nak nangis.. Sue rasa ni mungkin akibat tidur lepas masuk waktu asar.. kan orang tua-tua tak bagi tidur lepas asar.. :D
sedih dan nak nangis.. hubungan Sue dah tak berapa baik dengan ahli keluarga Sue sejak Sue tak bertegur dengan akak.. tak tahu kenapa semua orang anggap perkara ni semua berpunca dari Sue.. bila kat rumah Sue akan mendiamkan diri di dalam bilik.. Sue hanya mendengar gelak tawa dorang semua.. Sue rindu nak duduk sekali dengan dorang semua.. tapi, bila Sue ada keadaan mula bertukar.. tak banyak gelak tawa kedengaran.. Sue rasa diri Sue macam orang asing dalam rumah keluarga sendiri.. sebab tu Sue lebih suka keluar dengan kawan-kawan.. bila dengan dorang Sue boleh gelak sepuas-puasnya.. boleh dikatakan Sue lebih suka keluar dari duduk rumah.. bila kat rumah Sue jadi tak menentu.. dengan siapa Sue nak bercakap??? mama pernah cakap yang Sue ni lebih rapat dengan orang luar berbanding keluarga sendiri.. nak buat macam mana, dorang je yang Sue ada.. dorang tempat Sue luahkan segala yang terpendam.. dalam keluarga ni siapa je yang nak tanya sama ada Sue ok atau tak.. siapa??? kakak?? memang taklah.. dia pun tak ok dengan Sue.. adik??? dia selalu lebihkan kakak dia yang sorang tu.. mama??? mama pun sama.. bila fikir benda ni rasa macam nak hentak je kepala kat dinding.. rasa macam nak ikut arwah abah je..
nak marah bercampur bengang.. tadi, mama ada cakap office mama ada buat dinner.. Sue terus rasa malas nak ikut.. nanti mesti Sue sorang-sorang.. adik mesti dengan kakak.. tapi kena ikut juga sebab mama dah bayar.. mama selalu buat keputusan sendiri.. lepas tu, bagi tau last minute.. haish.. kadang-kadang rasa macam nak keluar je dari rumah nie.. tapi, kewangan Sue tak berapa baik.. kalau pergi rumah sewa, kena bayar duit sewa dan makan sendiri.. hadoi.. duit yang ada pun tinggal untuk belanja harian je.. penatlah bila fikir pasal ni.. ya Allah, bantulah hambamu ini.. aku buntu.. abah.. adik nak abah.. adik nak tempat untuk adik mengadu.. adik sakit kalau terus macam ni.. adik tak tahu nak buat apa.. adik buntu.. sampai bila adik nak kena berdepan semua ni??? hah!! nanti bila kelas dah bermula, lagi bertambah stress nampaknya.. ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan..
dahlah.. tu saja buat masa ni.. dah tak tahu nak taip apa lagi.. mata pun dah pedih sebab menangis.. hurm.. Sue harap, Sue kuat berdepan dengan semua ni.. insyaAllah..
coretan ikhlas dari hati,
No comments:
Post a Comment