Cinta dan pengorbanan merupakan dua perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza, tetapi saling memerlukan ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku, langit dan bumi dan banyak lagi perumpamaan yang mempunyai maksud yang sama iaitu saling memerlukan antara satu sama lain.Cinta sukar ditafsirkan oleh individu yang tidak memahami makna cinta. Cinta boleh didifinisikan sebagai satu perasaan sayang terhadap sesuatu sepertu sayang kepada Allah, sesama manusia, harta benda, kebebasan dan Negara. Sesebuah cinta akan menjadi indah apabila individu itu dapat mengenali dan mendalami makna cinta itu sendiri.
Cinta mengajar manusia erti pengorbanan, kerinduan, kasih sayang, kesetiaan, kebahagiaan dan penderitaan terhadap sesuatu. Dengan wujudnya cinta, dua insan disatukan. Cinta juga dapat mendewasakan seseorang. Untuk melalui alam percintaan bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi bagi merealisasikan sesebuah perhubungan. Jadi, pasangan yang menghadapi masalah dalam perhubungan haruslah bijak menyelesaikan masalah yang berlaku. Mereka harus bertolak ansur antara satu sama lain. Selain itu, merujuk dan meminta pendapat orang tua merupakan salah satu jalan penyelesaiannya.
Sebuah percintaan memerlukan pengorbanan dari kedua-dua pihak. Pengorbanan yang dimaksudkan adalah kesanggupan seseorang melakukan atau menanggung sesuatu bagi membuktikan tanda kasih dan sayang terhadap sesuatu yang amat berharga. Setiap pengorbanan mestilah atas keinginan sendiri, lahir dari hati yang tulus dan ikhlas untuk melakukan pengorbanan tersebut dan bukanlah dari paksaan sesiapa pun. Adakalanya, terdapat insan yang tidak memahami makna pengorbanan atas nama cinta dengan baik. Oleh itu, mereka dengan mudah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh pasangannya.
Cinta juga ada positif dan negatifnya. Jikalau pasangan tersebut bijak mentafsir makna cinta dengan baik, maka baik jadinya. Jika sebaliknya, maka buruk yang akan melanda. Kadang-kadang, disebabkan cinta yang disalah tafsir itu menyebabkan lahir anak luar nikah yang dibuang merata tempat, berlaku masalah sosial di kalangan remaja, lahir gadis liar dan tidak bermaruah dan lahir generasi yang rosak akhlaknya. Seharusnya, dalam sebuah perhubungan, kedua-dua individu perlu memainkan peranan masing-masing. Pasangan tersebut perlu bertolak ansur antara satu sama lain, perlu saling hormat-menghormati dan saling memahami kehendak masing-masing.
Adakalanya, sayang tidak bermakna cinta, suka pula tidak serasi dengan cinta, kagum tidak bererti cinta, bangga tidak semestinya cinta, ini kerana cinta adalah cinta. Cinta sejati bertapat dari hati yangpenuh dengan keikhlasan, kejujuran, perasaan saling menghormati, kepercayaan dan kesetiaan terhadap pasangan dan bukannya pengorbanan yang membuta tuli. Cinta mengajar seseorang untuk saling bekerjasama dan rasa saling memerlukan. Cinta yang diredhai dating dari Allah S.W.T.
Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. Itulah yang tertulis di dalam al-Quran. Jadi, untuk mendapatkan lelaki yang baik perbanyakkan berdoa dan memohon petunjuk dari Allah dan bukan dengan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Sekian…
No comments:
Post a Comment